Saturday, April 2, 2011

HOKI MSSD KULAIJAYA

TARIKH: 02/04/2011
MASA: 8.00 PG - 6.00 PTG
VENUE: STADIUM BANDARAYA, JOHOR BHARU
____________________________________________________________________________________



LELAKI:
KUMP. 1 KUMP. 2
SK INDAHPURA 1 SK KANGKARPULAI
SK TMN MUHIBBAH SK SENAI UTAMA
SK BUKIT BESAR SK PASIR RAJA

JADUAL KEPUTUSAN
KUMP. 1 KUMP. 2
SKIP 1 VS SKTM
0 - 0
SKKP VS SKSU
0 - 0
SKTM VS SKBB
0 - 0
SKSU VS SKPR
0 - 2
SKIP 1 VS SKBB
0 - 5
SKKP VS SKPR
0 - 0
SEPARUH AKHIR
1) SKPR VS SKTM
0 - 1
2) SKBB VS SKKP
0 - 0 (PEN. 1 - 0)

TEMPAT 3,4
SKPR VS SKKP
0 - 0 (PEN. 1 - 0)

FINAL:
---> SKTM VS SKBB <----
2 - 0
___________________________________________________________________________________

PEREMPUAN:
1) SK TAMAN INDAHPURA 1 (SKIP 1)
2) SK TAMAN KOTA KULAI (SKTKK)
3) SK KANGKAR PULAI (SKKP)

KEPUTUSAN

1) SKIP 1 VS SKTKK
0 - 0

2) SKTKK VS SKKP
0 - 0

3) SKIP 1 VS SKKP
1 - 0

________________________________________________________________________________

Tahniah kepada pemenang terutama kepada team hoki perempuan SK TAMAN INDAHPURA 1 kerana telah berjaya merangkul gelaran johan buat pertama kali bagi pertandingan hoki mssd Kulai bagi tahun 2011..

Friday, April 1, 2011

Permohonan G-Tukar

Permohonan pertukaran guru online

1) Log in ke http://epgo.moe.gov.my/

2) Daftarkan Id pengguna dan Kata laluan

3) Kemudian masukkan Id Pengguna, Kata Laluan dan Kad Pengenalan

4) Isi maklumat pertukaran

5) Hantar Borang

Wednesday, March 30, 2011

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 MSSD KULAI

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 MSSD KULAI
JOHAN - ZON BANDAR
N/JOHAN - ZON UTARA
KETIGA - ZON SELATAN
KEEMPAT - ZON TENGGARA

TABLE KEPUTUSAN.

ZON BNDR ZON UT. ZON SEL. ZON TG JAR. BOLOS MATA KED.
ZON BANDAR ///////// 1 - 1 3 - 0 5 - 0 9 1 7 1
ZON UTARA 1 - 1 ///////// 1 - 0 4 - 0 6 1 7 2
ZON SELATAN 0 - 3 0 - 1 ///////// 2 - 1 2 5 3 3
ZON TENGGARA 0 - 5 0 - 4 1 - 2 ///////// 1 11 0 4

__________________________________________________________________________________
Tahniah kepada semua pemenang terutama sekali wakil dari SK TAMAN INDAHPURA 1 iaitu adik Iman Faris, Jamalul Najmi, Normasyah, Nazhanan dan juga Faqrul.

Tuesday, March 29, 2011

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 MSSD KULAI ZON BANDAR

Jadual dan keputusan perlawanan(kumpulan 1) -Kumpulan 2 dijalankan di SK Bandar Putra.

#1. SK TAMAN INDAHPURA 1 VS SK KULAI 1 = 2 - 0
#2. SK TAMAN MUHIBBAH VS SJKT LADANG KELAN = 4 - 2
#3. SK TAMAN INDAHPURA 1 VS SK TAMAN MUHIBBAH = 3 - 0
#4. SJKT LADANG KELAN VS SK KULAI 1 = 0 - 8
#5. SJKT LADANG KELAN VS SK TAMAN INDAHPURA 1 = 0 - 3
#6. SJKT TAMAN MUHIBBAH VS SK KULAI 1 = 0 - 1

SEPARUH AKHIR (JOHAN KUMP. 1 VS N.JOHAN KUMP.2, N.JOHAN KUMP.1 VS JOHAN KUMP.2)
#1. SK TAMAN INDAHPURA 1 VS SK GUNUNG PULAI = 6 - 0
#2. SK BANDAR PUTRA VS SK KULAI 1 = 0 -1

FINAL
SK TAMAN INDAHPURA 1 VS SK KULAI 1 = 4 - 1

KURSUS INTEGRASI ICT DALAM P& P SECARA ONLINE

KURSUS INTEGRASI ICT DALAM P& P SECARA ONLINE


Adalah dimaklumkan bahawa Kursus Integrasi ICT Dalam P&P akan diadakan secara dalam talian. Kursus ini boleh disertai oleh semua guru dan akan dikira 3 hari berkursus jika peserta menamatkan kursus dan menghantar pelan pengajaran. Kursus ini juga boleh dijadikan sebagai satu aktiviti LDP secara schoolbased. Maklumat lanjut pelaksanaan sila email upp.bpg@gmail.com

Arahan kepada peserta kursus LDP secara atas talian :

1. Sila isikan borang pendaftaran kursus.
2. Mulakan kursus atas talian.
3. Tamat kursus
4. Email Pelan Pengajaran yang dihasilkan dan maklumat peserta ke uppg.bpg@gmail.com

# Sijil akan dihantar selepas BPG mendapat Pelan Pengajaran yang dihasilkan oleh peserta #


__________________________________________________________________
Peluang untuk guru-guru melakukan LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan) di rumah.

Saturday, March 5, 2011

Penolong Pelepas

Pada sukan MSSD Kulaijaya, ak diminta untuk menjadi penolong pelepas. Antara tugas-tugas penolong pelepas ialah:


1) Memastikan semua peserta yang bertanding dalam saringan ataupun larian yang betul dan juga memakai nombor bib seperti yang tercatat pada helaian pendaftaran

2) Menempatkan/meletakkan semua peserta di lorong ataupun tempat permulaan masing-masing

3) Penolong pelepas juga hendaklah memberikan isyarat kepada Pegawai Pelepas jika semua peserta sudah bersedia dilorong masing-masing

4) Bertanggungjawab dalam menyediakan baton untuk pelari-pelari pertama (dalam acara relay ataupun lari berganti-ganti)


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Berdasarkan peraturan KOAM fasal 130: Penolong Pelepas

Tuesday, February 22, 2011

Kemahiran Asas dalam Sepak Takraw

Berikut merupakan kemahiran asas dalam permainan sepak takraw, (saja nk share, sbb ak pon try cari maklumat psl permainan sepak takraw ni)

Perkara penting dalam permainan sepak takraw adalah kawalan bola.


1) Kawalan dengan bahagian dalam kaki

Sepak atau kawalan dengan menggunakan bahagian dalam kaki adalah kemahiran asas sepak takraw yang terpenting sekali. Ini kerana, kebanyakkan pemain sepak takraw menggunakan bahagian dalam kaki untuk mengawal pergerakan bola. Kawalan bola yang kemas akan membolehkan Killer (Perejam) melakukan renjaman.
Bagaimana melakukannya?
* Pemain perlu berdiri dalam keadaan bersedia. Kaki mesti dijarakkan mengikut kepanjangan dada.
* Bengkokkan sedikit kaki yang non-dominan dan kaki yang dominan(biasanya kaki kanan) bersedia untuk menerima bola. Mata perlu sentiasa memerhatikan arah pergerakan bola.
* Apabila telah menerima bola, relaks kan pergerakan kaki dan janganlah menghayunkan kaki terlalu kuat kerana bola mungkin bola akan terlepas dari kawalan kaki.
* Apabila bola telah melantun, kita hendaklah mengawalnya dengan menyepak pada titik kawalan.
Drills/Latihan Ansur Maju:
* Pegang bola, kemudiannya jatuhkan bola ke arah kaki yang dominan. Cuba beberapa kali dengan bola yang di sepak oleh kaki mestilah ke atas dan ke arah tangan.(gunakan tangan untuk menyambut balik). Buat beberapa kali sampai mahir.
* Apabila bola telah berjaya di kawal(bola dapat dilantunkan ke atas dengan konsisten dan dalam jangkauan tangan), cuba gunakan kaki yang non-dominan untuk melantunkan bola ke atas. (buat sehingga kaki non-dominan selesa dengan bola).
* Apabila kedua-dua kaki telah biasa dengan kawalan bola, maka gunakan kedua-dua kaki tersebut untuk melantunkan bola ke atas secara berselang-seli. (kemudian tangan akan menyambut bola tersebut)

2) Kawalan dengan menggunakan Lutut/Peha

Lutut dan peha digunakan apabila bola yang bergerak laju menuju ke arah bahagian antara lutut dan pinggan. Kemahiran ini digunakan untuk memperlahankan bola (deflect) bola untuk memudahkan kita menggunakan bahagian dalam kaki untuk mengawal bola. Ianya juga digunakan apabila mahu melakukan timangan yang berturutan iaitu bila bola berada hampir dengan anggota tersebut.
Bagaimana melakukannya?
* Angkatkan kaki ke atas dengan lutut di bengkokkan.
* Apabla bola mahu bersentuhan dengan anggota badan, sebaik-baiknya gunakan peha jika boleh berbanding dengan penggunaan lutut kerana sentuhan peha memberikan kawalan lebih pada bola.
* Pastikan bola terkena bahagian peha yang berisi(seelok-eloknya kedudukan bola 10-15cm dari lutut) untuk memudahkan bola melantun sedikit ke atas
Drills/Latihan Ansur Maju
* Jatuhkan bola ke atas lutut/peha. Biarkan bola melantun dan kemudian sambut kembali bola tersebut.
* Apabila sudah mahir, lakukan dengan menggunakan kombinasi lutut/peha dengan bahagian dalam kaki
* Lakukan berulang-kali sehingga kaki terbiasa dengan pergerakan bola.

3) Header/ Tanduk

Kemahiran menanduk ataupun 'heading' merupakan kemahiran kedua penting dalam permainan sepak takraw lebih-lebih lagi jika melibatkan permainan di jaring. Tandukan digunakan apabila menerima bola yang berkedudukan lebih tinggi daripada pinggan.
Bagaimana melakukannya?
* Untuk kemahiran Tanduk/Header, ianya hampir sama dengan kemahiran menggunakan bahagian dalam kaki untuk mengawal bola.
* Bahagian yang bersentuhan dengan bola mestilah berada betul-betul diatas bahagian depan kepala (tidak berada terlalu jauh dari kepala dan juga tidak boleh berada ditengah-tengah kepala, yang terbaik berada di antara kedua-duanya).
* Apabila mahu menanduk/header, bengkokkan sedikit lutut dan pastikan kepala berada dibawah bola. (jangan terlalu tumpukan pada kekuatan tandukan tetapi lebih tumpukan pada ketepatan tandukan dan kedudukan bola)
Drill/Latihan Ansur Maju
* Lambung bola kemudiannya tanduk dengan kepala, lepas itu tangkap bola tersebut. (Lakukan berulang kali sampai kepala terbiasa dengan tandukan)
* Kemudian, lambung bola lebih tinggi dan kemudiannya kawal bola tersebut dengan menggunakan kepala sebelum menangkap bola tersebut.
* Cuba gunakan kombinasi kawalan bola melalui tandukan dan kaki.
-->Bagi mereka yang kali pertama mencuba permainan sepak takraw pasti akan merasa sakit sedikit apabila melakukan tandukan, tetapi dengan latihan berterusan pemain akan terbiasa dengan situasi tersebut<--

4) Bahagian depan kaki/Timangan Bola Sepak

Menyambut hantaran bola dengan menggunakan bahagian depan kaki merupakan cara defensive, terutamanya apabila menyelamatkan bola yang berada jauh dari jangkauan untuk kawalan bahagian dalam kaki. Walaubagaimanapun, mungkin dalam permainan bolasepak ianya adalh efektif, tetapi dalm permainan sepak takraw ianya bukan cara yang terbaik. Bagaimanapun kemahiran ini penting untuk menyelamatkan bola, apabila telah berjaya menyelamatkan bola, kembali gunakan bahagian dalam kaki untuk kawalan.
Bagaimana melakukannya?
* Letakkan kaki sedikit keluar untuk memudahkan capaian kaki terhadap bola.
* Apabila menerima bola, hulurkan bahagian depan kaki untuk menyambutnya. (jangan gunakan kekuatan yang kuat kerana bola cenderung untuk hilang kawalan. Lakukan secara perlahan-lahan)
Drills/Lantihan Ansur Maju.
* Sama seperti kemahiran diatas. Lambung bola kemudian terima dengan bahagian depan kaki.
* Gunakan kombinasi timangan apabila sudah mahir


__________________________________________________________________________________
(Jika kita ada sebiji epal dan kita makan epal tu sorang-sorang, maka hanya kita yang tahu rasa epal tersebut, TETAPI jika kita ada sebiji epal dan epal itu kita kongsi dengan makan dengan orang lain, maka bukan setakat kita dapat tahu kelazatan epal tersebut, bahkan orang lain turut dapat merasanya.)

**mungkin ada sesetengah maklumat kurang tepat ataupun ada cara yang lebih baik lagi untuk latihan kemahiran asas dalam sepak takraw, di jemput berkongsi bersama-sama.