Tuesday, February 22, 2011

Kemahiran Asas dalam Sepak Takraw

Berikut merupakan kemahiran asas dalam permainan sepak takraw, (saja nk share, sbb ak pon try cari maklumat psl permainan sepak takraw ni)

Perkara penting dalam permainan sepak takraw adalah kawalan bola.


1) Kawalan dengan bahagian dalam kaki

Sepak atau kawalan dengan menggunakan bahagian dalam kaki adalah kemahiran asas sepak takraw yang terpenting sekali. Ini kerana, kebanyakkan pemain sepak takraw menggunakan bahagian dalam kaki untuk mengawal pergerakan bola. Kawalan bola yang kemas akan membolehkan Killer (Perejam) melakukan renjaman.
Bagaimana melakukannya?
* Pemain perlu berdiri dalam keadaan bersedia. Kaki mesti dijarakkan mengikut kepanjangan dada.
* Bengkokkan sedikit kaki yang non-dominan dan kaki yang dominan(biasanya kaki kanan) bersedia untuk menerima bola. Mata perlu sentiasa memerhatikan arah pergerakan bola.
* Apabila telah menerima bola, relaks kan pergerakan kaki dan janganlah menghayunkan kaki terlalu kuat kerana bola mungkin bola akan terlepas dari kawalan kaki.
* Apabila bola telah melantun, kita hendaklah mengawalnya dengan menyepak pada titik kawalan.
Drills/Latihan Ansur Maju:
* Pegang bola, kemudiannya jatuhkan bola ke arah kaki yang dominan. Cuba beberapa kali dengan bola yang di sepak oleh kaki mestilah ke atas dan ke arah tangan.(gunakan tangan untuk menyambut balik). Buat beberapa kali sampai mahir.
* Apabila bola telah berjaya di kawal(bola dapat dilantunkan ke atas dengan konsisten dan dalam jangkauan tangan), cuba gunakan kaki yang non-dominan untuk melantunkan bola ke atas. (buat sehingga kaki non-dominan selesa dengan bola).
* Apabila kedua-dua kaki telah biasa dengan kawalan bola, maka gunakan kedua-dua kaki tersebut untuk melantunkan bola ke atas secara berselang-seli. (kemudian tangan akan menyambut bola tersebut)

2) Kawalan dengan menggunakan Lutut/Peha

Lutut dan peha digunakan apabila bola yang bergerak laju menuju ke arah bahagian antara lutut dan pinggan. Kemahiran ini digunakan untuk memperlahankan bola (deflect) bola untuk memudahkan kita menggunakan bahagian dalam kaki untuk mengawal bola. Ianya juga digunakan apabila mahu melakukan timangan yang berturutan iaitu bila bola berada hampir dengan anggota tersebut.
Bagaimana melakukannya?
* Angkatkan kaki ke atas dengan lutut di bengkokkan.
* Apabla bola mahu bersentuhan dengan anggota badan, sebaik-baiknya gunakan peha jika boleh berbanding dengan penggunaan lutut kerana sentuhan peha memberikan kawalan lebih pada bola.
* Pastikan bola terkena bahagian peha yang berisi(seelok-eloknya kedudukan bola 10-15cm dari lutut) untuk memudahkan bola melantun sedikit ke atas
Drills/Latihan Ansur Maju
* Jatuhkan bola ke atas lutut/peha. Biarkan bola melantun dan kemudian sambut kembali bola tersebut.
* Apabila sudah mahir, lakukan dengan menggunakan kombinasi lutut/peha dengan bahagian dalam kaki
* Lakukan berulang-kali sehingga kaki terbiasa dengan pergerakan bola.

3) Header/ Tanduk

Kemahiran menanduk ataupun 'heading' merupakan kemahiran kedua penting dalam permainan sepak takraw lebih-lebih lagi jika melibatkan permainan di jaring. Tandukan digunakan apabila menerima bola yang berkedudukan lebih tinggi daripada pinggan.
Bagaimana melakukannya?
* Untuk kemahiran Tanduk/Header, ianya hampir sama dengan kemahiran menggunakan bahagian dalam kaki untuk mengawal bola.
* Bahagian yang bersentuhan dengan bola mestilah berada betul-betul diatas bahagian depan kepala (tidak berada terlalu jauh dari kepala dan juga tidak boleh berada ditengah-tengah kepala, yang terbaik berada di antara kedua-duanya).
* Apabila mahu menanduk/header, bengkokkan sedikit lutut dan pastikan kepala berada dibawah bola. (jangan terlalu tumpukan pada kekuatan tandukan tetapi lebih tumpukan pada ketepatan tandukan dan kedudukan bola)
Drill/Latihan Ansur Maju
* Lambung bola kemudiannya tanduk dengan kepala, lepas itu tangkap bola tersebut. (Lakukan berulang kali sampai kepala terbiasa dengan tandukan)
* Kemudian, lambung bola lebih tinggi dan kemudiannya kawal bola tersebut dengan menggunakan kepala sebelum menangkap bola tersebut.
* Cuba gunakan kombinasi kawalan bola melalui tandukan dan kaki.
-->Bagi mereka yang kali pertama mencuba permainan sepak takraw pasti akan merasa sakit sedikit apabila melakukan tandukan, tetapi dengan latihan berterusan pemain akan terbiasa dengan situasi tersebut<--

4) Bahagian depan kaki/Timangan Bola Sepak

Menyambut hantaran bola dengan menggunakan bahagian depan kaki merupakan cara defensive, terutamanya apabila menyelamatkan bola yang berada jauh dari jangkauan untuk kawalan bahagian dalam kaki. Walaubagaimanapun, mungkin dalam permainan bolasepak ianya adalh efektif, tetapi dalm permainan sepak takraw ianya bukan cara yang terbaik. Bagaimanapun kemahiran ini penting untuk menyelamatkan bola, apabila telah berjaya menyelamatkan bola, kembali gunakan bahagian dalam kaki untuk kawalan.
Bagaimana melakukannya?
* Letakkan kaki sedikit keluar untuk memudahkan capaian kaki terhadap bola.
* Apabila menerima bola, hulurkan bahagian depan kaki untuk menyambutnya. (jangan gunakan kekuatan yang kuat kerana bola cenderung untuk hilang kawalan. Lakukan secara perlahan-lahan)
Drills/Lantihan Ansur Maju.
* Sama seperti kemahiran diatas. Lambung bola kemudian terima dengan bahagian depan kaki.
* Gunakan kombinasi timangan apabila sudah mahir


__________________________________________________________________________________
(Jika kita ada sebiji epal dan kita makan epal tu sorang-sorang, maka hanya kita yang tahu rasa epal tersebut, TETAPI jika kita ada sebiji epal dan epal itu kita kongsi dengan makan dengan orang lain, maka bukan setakat kita dapat tahu kelazatan epal tersebut, bahkan orang lain turut dapat merasanya.)

**mungkin ada sesetengah maklumat kurang tepat ataupun ada cara yang lebih baik lagi untuk latihan kemahiran asas dalam sepak takraw, di jemput berkongsi bersama-sama.

Monday, February 21, 2011

Kejohanan Olahraga MssD Kulai, Zon Bandar

Minggu lepas, sekolah SKIP 1 telah menghantar wakil ke pertandingan Olahraga MSSD Kulai, ZOn Bandar. **Keputusannya,

Emas: Mohd Faqhrul (200m)

Perak: Mohd Faqrul (Lompat Tinggi)-L12
Aizat (Lompat Jauh)-L10
Iman Faris (Lompat Jauh)-L12
Kuarterts 4 x 100m (L 12)
Kuarterts 4 X 200m (L10)

Gangsa: Annur Solehah (Lompat Jauh)-P10
Helmi (100m)-L10
Tarimizi (200m)-L12
Kuarterts 4 x 100m (P12)
Kuarterts 4 x 200m (L10)

Keseluruhan: 4 (93mata)
Olahragawan L12: Mohd Faqrul


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Tahniah, di ucapkan kepada semua pemenang-pemenang yang berjaya membawa pulang pingat kemenangan. Kepada yang tidak berjaya, jangan mengalah. Anda tidak Kalah, cuma belum menang je lagi. Insha Allah, tahun depan SKIP 1 akan muncul juara.
Tahniah juga kepada jurulatih SKIP 1 iaitu,
1) EN WAN MUHAMMAD OTHMAN (KETUA JURULATIH)
2) EN MUHAMMAD B SMAIL
3) EN WAN MOHD REDZWAN (CHIEF DE MISSION)
4) EN NORHALIS
5) EN HASNAN
6) EN SAMIJAN
7) PIHAK PENTADBIR SEKOLAH (GURU BESAR, GPK KURIKULUM, GPK HEM, GPK KO-KURIKULUM)
8) dan juga kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Jumpa lagi di Kejohanan akan datang.

::::::::::::::::::::;;;;;;;:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
**special thank untuk bekas jurulatih SKIP 1 yang telah menyediakan dan mempersiapkan asas olahraga dalam setiap atlet SKIP 1 ini. Mereka ialah:
1) EN JAMESTON (BERPINDAH KE SABAH)
2) EN IRWAN (BERPINDAH KE PASIR GUDANG)

____________________________________________________________________
NEXT PROJECTS:
1) BOLA SEPAK (23 MAC 2011)
2) SEPAK TAKRAW (1 APRIL 2011)
____________________________________________________________________

MUTIARA KATA:

KEJAYAAN TIDAK DATANG DENGAN SENDIRI. USAHA ADALAH PENENTU KEJAYAAN
ANDA CUBA TAPI ANDA KALAH, ANDA ADALAH YANG TERHEBAT. TAPI JIKA ANDA KALAH SEBELUM MENCUBA, ANDALAH SELEMAH-LEMAH MANUSIA.
ANDA PERLUKAN SERIBU USAHA UNTUK BERJAYA, TAPI UNTUK GAGAL, CUKUPLAH DENGAN SATU KESILAPAN KECIL SAHAJA.

**Mohon maaf jika terdapat ralat dalam keputusan pertandingan.